Lencana


Gabungan imej grafik untuk abjad "T" dan "J" membawa maksud "Toh Johan". Pemilihan grafik dunia berserta anak panah yang mengelilinginya membawa konotasi bahawa warga SMKTJ begitu komited serta sentiasa bersedia, berusaha, dan berdaya saing dalam era globalisasi selaras dengan slogan sekolah:

"Beyond Expectation and Be Positive"

Pemilihan tiga jalur bersebelahan "J" melambangkan warna bendera negeri Perak serta menunjukkan kesepakatan, kesepaduan dan kesaksamaan kaum. Moto sekolah pula ialah "Aktif, Progresif dan Efektif" (APE) terletak di sepanjang sisi grafik "J" dan menghala ke atas memberi gambaran bergerak sederap menuju ke arah kecemerlangan pendidikan yang menyeluruh. Warna oren yang melatari "J - JOHAN" melambangkan kehangatan, kreatif dan emosi yang bersedia menerima perubahan. Warna ini menunjukkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup serta mengamalkan budaya kecemerlangan dalam mengejar cita-cita ... with it comes exploration of new things. Warna kelabu yang mendasari dunia menunjukkan kecenderungan psikologi yang neutral.

Bendera


Sejarah | Visi | Misi & Piagam Pelanggan | Moto | Lencana & Bendera | Lagu | Lokasi