Misi









Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Piagam Pelanggan









Kami Warga SMK Toh Johan, Trong dengan penuh amanah dan komitmen berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  • Memastikan semua murid sekolah ini mendapat pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

  • Memastikan pencapaian murid 100% dalam setiap peperiksaan awam.

  • Memastikan setiap murid mematuhi peraturan dan tatacara persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum dan satu jenis sukan berlandaskan konsep Satu Murid Satu Sukan.

  • Memastikan setiap guru dan murid mematuhi SOP Adab Guru Mengajar dan Adab Murid Belajar.

  • Memastikan setiap guru mengajar mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perak, dan Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama.

  • Memastikan keselamatan murid sewaktu hadir ke sekolah, sewaktu berada di sekolah, dan sewaktu balik dari sekolah berdasarkan konsep Sekolah Selamat.

  • Mewujudkan sekolah yang kondusif untuk mengoptimumkan proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Memastikan setiap murid dan guru sekolah ini memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah serta berupaya menjauhi dan menentangnya.

  • Memastikan setiap murid dan guru berasa seronok untuk berada di sekolah.

Sejarah | Visi | Misi & Piagam Pelanggan | Moto | Lencana & Bendera | Lagu | Lokasi